Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam program Jom Tengok Bola Harimau Malaya menentang bangladesh di Dataran Putrajaya, Presint 3, pada Selasa.<br /><br />Siaran langsung perlawanan itu dihadiri lebih seribu orang peminat bola sepak menyaksikan kemenangan memihak kepada Malaysia, 4-1 di bawah skuad kendalian Kim Pan Gon.
